• SpongeBob SquarePants - tokoh utama dalam kartun ini yang berbentuk
spon berwarna kuning. Spongebob tinggal di dalam rumah berbentuk nanas
di dalam laut. Dia juga memelihara seekor siput yang bernama Gary.
Merupakan koki di Krusty Krab yang terkenal dengan makanannya Krabby
Patty.
SpongeBob SquarePants ialah seekor spons yang tinggal dalam sebuah rumah
nanas dalam laut di kota Bikini Bottom, manakala tetanggannya Squidward
Tentacles ialah seekor gurita yang tinggal dalam rumah moai. Tetangga
SpongeBob yang lain dan teman akrabnya, Patrick Star seekor bintang laut
merah muda, tinggal di bawah sebuah batu. Rumah Squidward terletak di
antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang meresahkan
Squidward.
SpongeBob dan kawan-kawannya tinggal di kota Bikini Bottom dalam lautan
Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah kota biasa dengan pusat
kota, pinggir kota, kawasan pantai, lapangan terbang, rangkaian bunga
laut dan taman hiburan sendiri. Stephen Hillenburg pernah berkata bahawa
Bikini Bottom direka lebih kurang berdasarkan kota Seattle, Washington.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar